mari cepat order biskut dan kuih muih d'Ramlah...siapa lambat dia tak dapat..=)

Monday, July 15, 2013




 assalamualaikum... ^_^
 kuih tart nenas (gulung)
 kuih casablanca
 kuih seperit
 kuih dahlia
kuih sarang semut

kak ram update gambar kuih yg dah siap dibalangkan...kepada sesiapa yg bermnat boleh isi oder form yg disediakan or boleh pm kak ram dekat fb..ye...ade lg 3 jenis kuih kak ram xdpt nk update gambarnya...kuih almond london, tart nenas terap dan arabian night...next kak ram update..

Wednesday, July 3, 2013

order form



Powered byEMF Survey
resit bukti pembayaran melalui bank-in dan maybank2U.com hendaklah difaxkan ke pada kami di
03-9021-1232 atau SMS kepada nombor 019-643 1304

Wednesday, June 26, 2013

kuih raya dah mai....

pejam celik...pejam celik dah nak masuk bulan puasa dah sekarang...sekarang ni pun kak ram tengah sibuk buat contoh kuih raya untuk tempahan...memang tak menang tanganlah kalau nak diikutkan...sibuk dengan oder kuih-muih lagi...untuk kuih raya sekarang kak ram dah mula ambik tempahan...adalah beberapa jenis kuih yang kak ram dah siapkan untuk contoh... nia ada kak ram sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan cik/puan/adik/kakak/makcik sekalian...kot-kot ada yang bekenan dimata boleh oder dekat kak ram...insyaAllah...jika ada yang berminat boleh tinggalkan komen dekat bawah nie...insyaAllah kak ram akan terangkan nanti macam mana nak buat tempahan...



 kuih sarang semut 
55-60 pcs RM 25.00

tart nenas terap
 55-60pcs RM 25.00

 tart nenas gulung 
55-60 pcs RM 25.00

 samprit

 almond london
55-60 pcs RM 25.00

 dahlia
55-60 pcs RM 25.00

 cablanca
60 pcs RM 26.00

arabian night
55-60 pcs RM 25.00

harga-haga tu tak termasuk dengan harga pos...kami akan update harga yang terbaru dalam masa terdekat nie...

mai la ramai datang tengok...kot2 ada yang berminat nanti boleh la oder mane-mane kuih ini...insyaAllah kak ram akan penuhi permintaan anda semua...jika berminat untuk oder kuih2 nie boleh pm kak ram dekat email or tinggalkan comment anda dibawah nie ye...


xoxo..=)

Monday, June 17, 2013

Bahan-bahan ( 1 family )

1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Bahan2 kisar:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar/teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar/teh jintan putih
1 sudu besar/teh jintan manis
3 biji buah keras
3 kuntum bunga lawang
25 biji cili kering
5 batang serai
5 cm halia
20 biji bawang kecil
Cara-cara

Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
Perlahankan api dan kacau hingga kering.
  


Puding Roting Mudah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara

Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Friday, June 14, 2013

Kek Batik Biskut Marie

Kek Batik Biskut Marie

Bahan-bahan:
1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan :)